Sunday, December 19, 2010

jangan pinta aku bicara tentang nasib
kerana maksudnya terikat
pada helai-helai semalam
yang terlerai di tanah hakikat

satu persatu embun menitis
kering dalam telapak tangan
sebelum sempat kau mengukur
yang mana lebih dahaga
mataku..mindaku..lidahku..hatiku

kembara ini adalah misteri yang paling panjang
apakah sampai kita mengerti pelangi itu
tidak di kaki langit dan bukannya juga di puncak bukit

atau kita sengaja cuba membeli takdir.......

No comments:

Post a Comment