Saturday, June 11, 2011

Aku menghitung semula langkah kakiku,
Namun tidak dapat juga ku temui,
Dimanakah hilangnya saat manisku dulu,
Ketika aku mula mengenal erti percintaan,
Walaupun kini ku cuba putarkan kembali,
Namun langkah kaki ini semakin berat,
Dimana, kemana harus kutuju,
Ku rindu belaian kasihmu,

Kau selalu menemaniku tanpa kusedari,
Kau tidak pernah membiarkan aku sendirian,
Menjalani hidup yang penuh duri,
Kau selalu menyertai hari hariku,
dengan Kasih sayangmu,

Terima Kasih kerana kau telah menyentuh hatiku,
Dikala aku lalai dengan duniaku,
Kau telah memperingatiku,
dan kau masih memberi peluang padaku,
untuk bertakhta dihati kecilmu,

Perjalanan hidup ini telah mengajarku erti kehidupan,
Kau tidak pernah lelah memberi,
Tidak sedikitpun kau meminta,
Terima Kasih kerana menyentuh hatiku,
Bagai air yang mengalir,
Yang tidak pernah terhenti...

No comments:

Post a Comment